Monday, 15 April 2013

Sejarah cendol ! perlu tau


Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.
Menurut penyuntng journal makanan Cina, Flavor and Fortune, Jacqueline M. Newman, hidangan cendol memiliki cita rasa Malaysia, mengaitkan kaitan antara jeli dan kacang dalam air batu campur dengan bahan halo-halo ("campur-campur") di Filipina. Dia turut menambah bahawa perhubungan antara Filipina dan negara di Asia Tenggara agak tinggi sekitar 1500-an.[1]
Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh 90 tahun. [2] Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yag menyediakan cendol di serata Malaysia.

Mai Pakat Beli cendol!!

Berikut adalah cendol2 yang ada di gerai saya :

Cendol cawan besau : RM3.50

Cendol mangkuk biasa  : RM2.50

Cendol avocado aiskrim : rm4.00

Cara saya buat cendol buatan sendiri


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....